Sekolah ini dinamakan sempena nama tempat iaitu Kepala Batas. Mengikut sejarah, nama Kepala Batas
diberikan oleh pengguna-pengguna jalan darat iaitu pejalan kaki, penunggang
gajah, kereta lembu dan kereta kerbau serta pengguna jalan sungai iaitu
pendayung perahu dan sampan yang berhenti rehat atau menambatkan perahu dan
sampan di tebing sungai yang menjadi sempadan antara Daerah Kubang Pasu dan
Kota Setar.
Sebuah sekolah pelajaran jawi ditubuhkan tahun 1905 oleh penduduk
tempatan atas saranan YTM Tengku Yahya bin Tengku Zainal Abidil yang menjadi
Penguasa Pelajaran pada masa itu.
Sekolah ini dibina atas tanah kepunyaan Tengku Sulong tetapi
kemudiannya dipindahkan ke tapak sekarang ini.
Pada tahun 1911, kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah di tapak
bangunan masjid sekarang. Tentera Jepun
telah menggunakan sekolah ini sebagai pusat tenteranya semasa perang dunia
kedua. Selepas British kembali berkuasa
pada tahun 1945. Sekolah Melayu Kepala
Batas berpindah sekali lagi ke Tok Jalai menggunakan bangunan kilang beras yang
berdindingkan pelupuh dan beratapkan nipah.
Pada tahun 1951 berlaku sekali lagi perpindahan dari Tok Jalai ke
tapak asal yang ada sekarang ini apabila kerajaan membina sebuah bangunan 5
bilik darjah. Pertambahan murid yang
ramai mendorong Lembaga Pengurus dan penduduk tempatan membina sebuah lagi
bangunan 2 tingkat, kantin dan sebuah rumah guru yang kini diubah suai menjadi
surau sekolah. Kerajaan juga mendirikan
bengkel kemahiran hidup dan perpustakaan
pada ptahun 2001. Sekali lagi kerajaan
telah membina dua buah bangunan dua tingkat sebagai tambahan bangunan yang
sedia ada di samping membina sebuah
makmal computer yang telah digunakan sepenuhnya pada tahun 2002.
Demikianlah sekolah yang telah terbina di atas tanah seluas 4 ekar
(5 relung 360 jemba) meniti sejarahnya sejak awal penubuhan sehingga
sekarang. Sepanjang tempoh itu, beribu
murid yang telah dididik oleh ratusan guru silih berganti. Mengikut rekod, seramai 23 orang guru besar
telah berkhidmat dan menyumbangkan bakti mereka sejak tahun 1946.
No comments:
Post a Comment